Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media bagi mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan serta tidak bergabung dengan Pakatan Harapan dalam membentuk kerajaan di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 40 hingga 50 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara mahu presiden partinya, Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi mengundurkan diri selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Menurut Ketua Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Ahmad Zahid perlu segera berbuat demikian dan menyerahkan kuasa kepada kepemimpinan lain dalam parti untuk mengemudi UMNO selepas kekalahan BN.

“(Datuk Seri) Zahid perlu undur serta merta dan serahkan kepada orang lain untuk pimpin UMNO,” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani bercakap pada sidang media bagi mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan serta tidak bergabung dengan Pakatan Harapan dalam membentuk kerajaan di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 NOVEMBER 2022.

Annuar antara puluhan Ketua Bahagian UMNO yang mengadakan sidang media hari ini agar Ahmad Zahid meletakkan jawatan.

Menurut mereka, langkah Ahmad Zahid mahu membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bertentangan dengan apa yang telah dimeterai dalam Perhimpuan Agung UMNO (PAU) yang diadakan tahun ini.

Gesaan yang sama juga dibuat oleh Ketua Bahagian UMNO Batu, Datuk Yahya Mat Ghani.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani bercakap pada sidang media bagi mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan serta tidak bergabung dengan Pakatan Harapan dalam membentuk kerajaan di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 NOVEMBER 2022.

“No Anwar, No DAP seharusnya kita berunding dan panggil Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk mesyuarat,” katanya.

Yahya menambah, Ahmad Zahid tidak mempunyai kuasa untuk tentukan hala tuju UMNO tapi perlu berunding dengan akar umbi.

“Perundingan harus dibuat, kalau perlu kerjasama dengan PH kena buat ketetapan di PAU  semula.

“Presiden tidak ada hak untuk tentukan dengan siapa kita bekerjasama untuk bentuk kerajaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. kami akar umbi TUNGGU komen BERNAS dari DR FUAD JAKARSHI MT UMNONGOK…..SEPI JE

    sebelum ni bertempik NO ANWAR NO DAP….SAH JAJARAN BARU DARI PENGKHIANAT UMNONGOK dari pres ZAHID MUNAFIK DAN KONCONYA

  2. Ni semua bodoh..kalau korang masuk PN..kami UMNO semua akam berkubur bangang dihancurkan oleh pengkhianat2 UMNO yg bersekongkol dgn Muhyidin

Comments are closed.