AHLI politik di setiap pelosok cenderung beralih sokongan mereka atau istilah mudah difahaminya, melompat dari satu parti ke parti yang lain atas alasan tindakan mereka itu adalah demi rakyat, demi negara. Apa yang mereka tidak faham adalah rakyat Malaysia bukanlah lurus bendul sehingga tidak tahu perbuatan ahli politik melompat parti adalah untuk ‘political survival’ mereka sahaja.
Tindakan sedemikian bukan sahaja menjijikkan malah adalah satu salah guna proses demokrasi dan juga perbuatan khianat kepada mandat rakyat itu.
Beberapa langkah khianat seperti yang di ulas di atas telah berlaku di Malaysia yang menjadi punca kepada ketidakstabilan politik di negara kita semenjak tahun 2020 selepas Langkah Sheraton.
Justeru itu, satu pindaan kepada Perlembagaan negara telah diusul dan diluluskan agar satu Akta Lompat Parti boleh diperkenalkan.
Objektif utama Akta Lompat parti ini adalah untuk mengelakkan senario di mana individu yang dipilih untuk mewakili sesebuah parti politik dan menjadi wakil rakyat atas tiket parti tersebut tidak berpaling tadah kepada parti dan khianat mandat rakyat.
Secara terus terang, pemeteraian Akta Lompat Parti ini adalah untuk mengelakkan senario di mana parti yang tidak memperoleh majoriti mahupun mandat rakyat tidak terlibat di dalam pembentukan kerajaan baru di dalam apa jua kapasiti pun.
Maka, ianya menjadi satu kewajipan agar ahli Parlimen yang bertanding di atas tiket parti tertentu untuk memberikan kepada kepimpinan tertinggi parti mereka (Presiden misalnya) untuk membuat sebarang keputusan untuk bersepakat dengan mana mana parti yang lain untuk membentuk kerajaan atau persefahaman yang akan membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara.
Ahli-ahli Parlimen ini tidak harus ugut dan mengambil pendirian yang berbeza dengan parti mereka. Secara tidak langsung, pendirian tersebut adalah umpama melompat parti juga.
Prinsip seorang ahli Parlimen tidak harus ditentukan oleh kepentingan peribadi tetapi oleh dua prinsip rukun negara iaitu keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang undang.
Yang Terkesan,
Rakyat Malaysia (Kepong)
kah kah kah… ulasan ni tanpa merujuk kepada akta tu sendiri…
Sangat ketara olahan kalusa nya dilontarkan lebih kepada mengikut citarasa dan kecenderungan terhadap kemungkinan untuk membolehkan Anwar Berahim jadi PM… sangat jelas…!!
Sila rujuk kepada akta dengan betul dan fahamkan klausa nya dengan teliti