Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meyantuni petugas media di Perkarangan luar Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda belum menerima apa-apa akuan bersumpah (SD) daripada mana-mana parti.

Jelas baginda, pihaknya tidak boleh mendedahkan apa-apa selagi tidak mempunyai SD daripada Ahli-ahli Parlimen.

“Saya tak boleh nak kata (angkat sumpah hari ini). Saya tidak boleh dedahkan apa-apa sebab saya tidak tengok apa-apa lagi.

“Rakyat diminta bersabar dan terima keputusan rakyat, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan saya,” kata ketika menemui media di pekarangan Istana Negara, sebentar tadi.

Ditanya sama ada upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan dibuat hari ini, baginda berkata, perkara itu akan diputuskan sebaik melihat kepada jumlah majoriti mudah yang akan dipersembahkan oleh parti.

“Belum tahu lagi, tengok jam pukul berapa. Saya baru balik belum masuk lagi nak tengok majoriti,” jelas baginda lagi.

Dalam pada itu, baginda turut ditanya samada akan memanggil semua ahli Parlimen menghadap, banginda hanya senyum.

Baginda turut menasihatkan rakyat agar bertenang dan menyerahkan tugas untuk melantik Perdana Menteri kepada baginda.

“Rakyat diminta bersabar dan terima keputusan rakyat, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan saya.

“Sila bertenang dan kita terus kehadapan, biar saya (Beta) buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah baginda lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. sidang dulu parlimen, buat undi percaya untuk pilih PM. Yang dapat mojoriti ahli parlimen layak memimpin nwgara.

Comments are closed.