Bendahari Agung BN merangkap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir ke Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional dan Mesyuarat Khas Ahli Parlimen Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN)  mengadakan dua mesyuarat pada malam ini.

Kedua-dua mesyuarat berkenaan Dewan Tertinggi BN dan mesyuarat 30 ahli-ahli Parlimen BN.

Perkara berkenaan disahkan oleh Bendahari Agung BN yang juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mesyuarat berkenaan dipercayai diteruskan susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar 30 ahli Parlimen BN mengadap baginda esok.

Ia berkemungkinan berkaitan usul Kerajaan Perpaduan.

Usul tersebut dimaklumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bercakap kepada pemberita di luar Istana Negara sebelum itu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dalam satu sidang akhbar petang tadi memberitahu, gabungan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan PH kerana itu menjadi prinsip mereka sejadk dahulu lagi.

BN yang bermesyuarat awal hari ini pula berpendirian untuk tidak menyokong mana-mana pihak dan bersedia menjadi pembangkang.  – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.