Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun tiba di Istana Negara, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga telah tiba ke Istana Negara.

Beliau memasuki istana jam 3.27 petang dengan kenderaan rasminya.

Difahamkan Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga sudah dilihat masuk ke perkarangan istana.