Hassanuddin Salim

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan tidak akan membenarkan sebarang tindakan luar batasan para penyokongnya selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Hassanuddin Salim, dakwaan mengatakan ada pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Temerloh ‘dikepung’ oleh bendera Perikatan Nasional (PN) belum diterimanya.

“Sejauh maklumat yang saya tau tak ada berlaku keadaan seperti ini dan kami pimpinan PN tak akan sama sekali membenarkan perkara seperti ini,” katanya yang juga Setiausaha Pas Pahang kepada MalaysiaGazette malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan 61 pengerusi JPKK Temerloh kecewa dengan tindakan PN yang didakwa ‘mengepung’ pejabat JPKK di daerah tersebut dengan bendera gabungan parti itu.

Baru-baru ini selain DUN Kuala Semantan, DUN Lanchang dan Parlimen Temerloh dimenangi PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pejabat JPKK Temerloh ‘dikepung’ bendera PN selepas PRU15

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast