Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO l di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. MUHD NA’IM, 23 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan MCA agak keterlaluan sehingga mendedak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan.

Ini kerana, menurutnya, bukan hanya Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tapi semua pihak haruslah mengambil tanggungjawab bersama.

“Saya rasa MCA sudah keterlaluan kerana mendesak Presiden UMNO letak jawatan. Bukan MCA sahaja, parti lain pun sama.

“Bagi saya dari permulaan lagi tindakan ini adalah bertanggungjawab dan semua pihak kena bertanggungjawab atas situasi ini.

“Siapa yang kalah akan tetap kalah dan terima dahulu kekalahan tersebut dan jangan salahkan sesiapa.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa,” katanya.

Bung Moktar tiba di perkarangan bangunan UMNO untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di sini malam ini.

Beliau berkata demikan mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Choong Sin Woon yang secara terang-terangan yang mendesak agar Ahmad Zahid melepaskan jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Sin Woon berkata, pendirian itu dibuat selepas Ahmad Zahid dilihat mengambil keputusan bertentangan seperti diputuskan Dewan Tertinggi BN.

Dalam pada itu, Bung Mokhtar tidak memperincikan agenda mesyuarat khas yang diadakan malam ini.

Beliau hanya berkata; “Tengoklah sebab kita sudah ada agenda dan kita akan bincang.”

UMNO malam ini mengadakan mesyuarat khas antaranya membincangkan tawaran-tawaran daripada Perikatan Nasional (PN) dan BN untuk menjalinkan kerjasama bagi membentuk kerajaan pasca PRU15. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Surat Zahid ke istana bukan keputusan konsensus Dewan Tertinggi BN – MCA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast