KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jalamuddin menempelak beberapa pihak yang mempersoalkan mengapa beliau bertindak mengkritik presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, beliau menyanggah Ahmad Zahid sejak 2018 lagi ketika menentang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam perebutan jawatan nombor satu UMNO pada tahun 2018.
“Kenapa sekarang baru nak bersuara?” 2018 saya lawan @DrZahidHamid untuk Presiden UMNO,” ciap beliau.
Semalam, Khairy secara terang terangan berkata, Zahid tidak lagi mempunyai keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti mengundur segera.
Malah, katanya, Ahmad Zahid tidak boleh terlibat sama dalam perundingan membentuk kerajaan.
Khairy berkata, beliau masih ahli UMNO dan setiap ahli mempunyai hak untuk bersuara.
“Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan.
“Kau kalah tak payah komen.” Saya masih ahli UMNO. Ahli UMNO ada hak bersuara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette