Surat palsu yang mengatakan Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Pengerusi BN.
Surat palsu yang mengatakan Ahmad Zahid Hamidi letak jawatan sebagai Pengerusi BN.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

“Palsu,” katanya merujuk kepada satu surat yang tular hari ini bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN.

Isi kandungan surat itu tertera satu mesyuarat tergempar telah diadakan malam tadi dengan dihadiri pemimpin utama setiap parti gabungan BN dan juga pemimpin tertinggi BN.

“Beberapa keputusan juga telah dicapai untuk menentukan gabugnan mana yang akan disokongan BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada esok (hari ini).

“Saya juga dengan berat hari ini meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar BN pada PRU15 yang lalu,” tulis surat berkenaan.

Bagaimanapun, surat berkenaan tidak mengandungi tanda tangan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN, kecuali tertera nama beliau dan tarikh semalam.

Dalam surat berkenaan, Ahmad Zahid didakwa melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pemangku Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO.

Surat berkenaan juga mengatakan lantikan Ismail Sabri itu sehingga pemilihan UMNO diadakan pada Januari tahun hadapan. – MalaysiaGazette