KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan yang mengadap Yang di-Pertuan Agong telah meninggalkan Istana Negara pukul 11.24 pagi.
Kedua-dua mereka yang juga pemimpin UMNO dilihat keluar menerusi pintu dua dengan memperlahankan kenderaan sambil melambai tangan ke arah petugas media yang berada di sini.
Mereka turut melemparkan senyuman namun, tidak turun dari kenderaan meskipun pengamal media cuba mendapatkan kenyataan berhubung pertemuan mereka dengan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebentar tadi.
Setakat berita ini ditulis, hanya tinggal pemimpin dari parti gabungan Sarawak masih berada di Istana Negara manakala kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dilaporkan sudah beredar. – MalaysiaGazette