Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri wajar dipatuhi.

Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, sehubungan itu semua perhimpunan dan aktiviti yang boleh membawa kepada aktiviti yang boleh membawa kepada ketidakharmonian perlu dihentikan.

Katanya, tumpuan sekarang haruslah kepada kerajaan yang berwibawa dan mampu membawa kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat.

“Dengan terbitnya kenyataan resmi Istana Negara maka selesailah sudah proses memilih dan melantik seorang Perdana Menteri menurut Perlembagaan Negara.

“Keputusan ini perlu dipatuhi dan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong wajar dipatuhi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Menurut beliau, selari dengan perkembangan terkini itu Muafakat Nasional sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan akan diaktifkan.

Ia bertujuan memupuk nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. memupuk nilai muafakat, perpaduan ummah dan keutuhan sistem politik negara yang lebih baik, berpaksikan Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.

    setuju

  2. Meme arr..nk harapkan nuar musa apa dia tau selain menambahkan beban lg kpd Presiden UMNO adalah masa ssh dia meroyan bila dh tenang dia nk claim milage…knpa sblm BN setuju patuh titah YDPA dia x suh midin bergabung jer dgn anwar dan tubuh kerajaan perpaduan yg disarankan oleh YDPA…bila dh hujung nyawa baru nk bersuara lambat Tuanku dh murka sebenarnya dgn din lembab tu…sebab tu Tuanku titah BN bergabung utk tamatkan kemelut dr lebih parah lg, dan BN setuju kerana hormat dan Taat dgn TUANKU YANG DIPERTUAN AGONG dan x mahu jd penderhaka..wlpun BN dh selesa nk jd pembangkang.

Comments are closed.