Seekor harimau akar ditemui menyorok di bawah rumah penduduk di Lipis hari ini.-Foto BBP Kuala Lipis.

LIPIS РSeorang penduduk terkejut menyedari seekor harimau akar berada di bawah rumahnya  di Kampung Pagar Sasak, dekat sini petang tadi.

Harimau akar itu dipercayai tersesat ke kawasan kampung berkenaan.

Pemilik rumah tersebut menyedari kehadiran harimau itu kemudian menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Pahang dan memaklumkan apa yang berlaku.

Anggota bomba memantau harimau akar yang berada di bawah rumah penduduk di Lipis hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi bagi membuat pemantauan.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis diarahkan ke lokasi dan mendapati haiwan itu sedang berehat di bawah rumah penduduk yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Pagar Sasak, Lipis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, pihaknya sedang menunggu pegawai dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here