KUALA LUMPUR – Satu gambar kini tular dikongsikan peminat bola sepak tanah air yang memaparkan pemain import Melaka United, Sony Norde berada di salah sebuah premis makanan disyaki bersama pihak pengurusan Terengganu FC (TFC).
Kehadirannya penyerang berusia 33 tahun itu menguatkan lagi khabar angin bahawa pemain berketinggian 1.76 meter itu bakal berhijrah ke TFC.
Sekiranya benar berlaku, perpindahan Sony ke kelab TFC itu pastinya ditunggu-tunggu oleh penyokong skuad Hitam Putih.
Ini kerana selepas Faisal Halim disahkan menamatkan kontraknya bersama skuad Sang Penyu pada musim depan, pasti ramai penyokong masih tertanya-tanya siapa pengganti yang layak untuk mengganti pemain lincah itu.
Untuk rekod, Sony telah mempamerkan aksi terbaik beliau bersama Melaka United musim ini walaupun pasukan tersebut berdepan dengan isu tunggakan gaji.
Sony telah beraksi dalam 14 perlawanan dalam Liga Super bersama skuad Hang Tuah dan menjaringkan dua gol serta menghasilkan enam bantuan gol di samping mengumpul 63 minit permainan keseluruhan. – MalaysiaGazette