khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMUR – Semua parti dan pemimpin politik disaran supaya berdamai dan memberikan fokus kepada usaha membina negara secara bersama selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dalam politik tidak mustahil musuh pada masa ini akan menjadi rakan pada kemudian hari.

“Sarungkan pedangmu. Sebab itulah jangan terlalu ekstrem berpolitik. Besederhana pada sayang dan benci. Usah diserang individu dan peribadi.

“Dalam politik, musuh hari ini mungkin adalah rakan keesokkannya kerana ia hanyalah ‘musuh berpolitik idea’, bukannya musuh memecahkan saudara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, sudah cukup untuk parti politik bersengketa dan kini tiba masanya untuk memberi fokus terhadap usaha membangunkan negara.

Katanya, berbeza dan berselisih hanya pada idea dan pandangan serta tidak wajar untuk memutuskan tali persaudaraan.

Malah, tidak wajar untuk melondeh-melondehkan sesiapa serta tidak perlu menggelar sesiapa juga dengan gelaran yang buruk.

“Cukup-cukuplah bersengketa. Sarunglah kembali pedang dan keris. Pilihanraya pun telah berakhir. Mari kita membina kembali negara secara bersama. Bersatulah, moga negara tercinta kita ini diberkati Allah,” katanya.

Semalam, ketidaktentuan politik yang berlaku dalam negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 susulan tergantungnya pembentukan kerajaan Persekutuan berakhir, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast