asyraf rasuah
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoal tindakan Pas yang secara tiba-tiba menyatakan bersedia untuk berbincang mengenai tawaran untuk menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan Pas itu seolah-olah ingin meninggalkan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu bersendirian selepas gagal membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pas sudah pusing? Terus tinggalkan PN dan PPBM (Bersatu) terkontang-kanting sorang-sorang,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Asyraf turut berkongsi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung perkara itu.

Menerusi kenyataan berkenaan, Takiyuddin memaklumkan, Pas akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong apabila melantik Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10, semalam.

Katanya, parti itu menerima dengan reda dan hati terbuka terhadap segala ketentuan berkenaan, selain yakin ia mempunyai hikmah daripada Allah SWT.

Dalam kenyataan itu juga, Takiyuddin turut mengulas mengenai tawaran Anwar supaya Perikatan Nasional (PN) menyertai Kerajaan Perpaduan dengan memberitahu, Pas akan membincangkan perkara itu bersama rakan-rakan komponen dalam gabungan berkenaan dalam tempoh terdekat.

Di samping itu katanya, Pas turut meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi yang telah memberikan undi yang amat memberangsangkan kepada Pas dan PN pada PRU-15 yang lalu. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. PAS inginkan RUU dan royalti minyak. itulah selama ini yang di perjuangkan oleh PAS, demi keadilan orang Islam dan negeri minyak. sebagaimana GPS mahu kan MA63 di laksanakan, yang pasti apa prinsip dan perjuangan UMNO apabila masuk dalam kerajaan, adakah sekadar hanya inginkan jawatan dan bebaskan orang-orang tertentu.

    • Dunia ibarat roda kejap di atas kejap di bawah. Dulu jadi sebahagian kerajaan kini jd pembangkang so.. jadilah pembangkang bukan pembangang.

    • SUDAH TERANG LAGI BERSULUH….sebelum ini dalam PRU 14 UMNOGOK dan B END HAMPIR lemas dalam kolam…Tangan Lebai2 menghulur serban selamatkan mereka.BERSAMA menang 7 PRK….tetapi EGO DAN DENDAM SERTA KEMARUK KUASA selepas menang PRN MELAKA JOHOR MULA membuat ONAR dengan PAS dek kerana dendam pada BERSATU yang berHIRAH dari usus kemungkaran UMNONGOK sendiri

      ITULAH HATIBUDI umno seperti melepaskan ANJING TERSEPIT dan KACANG LUPAKAN KULIT yang BERKARAT tidak mudah HILANG melainkan HIDAYAH DARI ALLAH jua dapat bersihkan

      • ye ke bukan PAS ke yang mcm anjing terspit bila dah berkuasa mcm2 dikutuknya UMNO. maklumla org x pernah berkuasa tiba2 dpt kuasa mula kaduk naik junjung. sibuk nak ikut bersatu n tubuhkan PN lepas tu nak spin kononnya UMNO yang salah.

      • Sabar + tenang. Dakwat kat jari tu masih berbekas. Cuba lagi PRU16. Sementara tunggu 5 tahun tu biasa2kan diri jadi pembangkang yang menyumbang bukan pembangang yang sumbang.

  2. PAS baru cakap nak bincang dengan komponen BN, si asyraf ni dah kata PAS nak tinggalkan PN apa la bengap punya tuduhan….ehh engko dah kalah teruk jd toksah nak ambik port pasal rumah orang la oii…

    • Hang pun sama jugak.. tak dak dia paksa hang baca statement dia.. lantak pi la kat dia nk kata apa2 pun. Hang pulak yg panas pasai pa.

    • bukan PAS mmg perangai camtu ke, bila dah nak tenggelam mula la cari pelampung. lagi satu nak tanya la mana pas dpt duit byk2 utk PRU15 yg lepas ye. buat bisnes jual air jampi ke.

  3. Manifesto PH gadai kedaulatan negara – Asyraf Wajdi
    KETUA PEMUDA UMNO YANG SANGGUP JILAT MUNTAH NAJIS MEREKA SENDIRI

    LIDAH MUNAFIK DAN FITNAH BERSEKUTU ZAHID DAN ANWAR….jangan cakap soal INTERGRITI
    semua yang undi dan penyokong MEREKA NIKMATI KELAZATAN PAKATAN HANCING PEMIMPIN MEREKA

    akhirnya BUNGKUS DALAM SATU KAIN….rakyat dan pengundi2 dan penyokong 2 parti dKENCING pemimpin2 MUNAFIK MEREKA

    UMNO/B end…..NO ANWAR NO DAPIGS

    P akatan H ancing….TIDAK DENGAN PERASUAH/SALAH LAKU/KLEOPRAT DAN KLUSTER MAHKAMAH
    akhirnya peliwat pejuang LGBT liberalisme dinobatkan

Comments are closed.