Kemudahan tandas di Hentian Pulai yang akan ditutup mulai 28 November 2022.

 

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan selama tiga bulan mulai 28 November ini bagi kerja-kerja menaik taraf.

Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di lokasi lain seperti R&R Tapah (Arah Utara) atau di R&R Sungai Perak (Arah Utara) atau di hentian sebelah plaza tol yang berdekatan.

Walau bagaimanapun, kemudahan tandas masih disediakan di stesen minyak di hentian sebelah terbabit. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here