Zarina Halim (tengah) dan Shivan Pillay (kanan) melancarkan kempen Football Fever di Subang Parade.

KUALA LUMPUR – Subang Parade, sebuah hartanah teras milik Hektar REIT, meraikan kedatangan Piala Dunia 2022 dengan kempen Football Fever 2022.

Bagi meraikan Musim Bola Sepak 2022, Subang Parade telah menyediakan pelbagai aktiviti mesra keluarga di zon legar pusat dari 26 November hingga 11 Disember, yang merangkumi Shoot For Glory, Persembahan Bola Sepak Gaya Bebas, Kelas Kemahiran Bola Sepak dan Pertandingan Futsal 3vs3 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun.

Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Korporat Hektar Reit Zarina Halim berkata, ia merupakan peluang yang sangat baik untuk ahli keluarga datang beramai-ramai bersama-sama bermain permainan dan bergembira bersempena cuti sekolah yang baru bermula.

Antara aktiviti yang menarik adalah cabaran “Shoot for Glory” yang mana pembeli boleh memenangi hadiah lumayan dengan merembat bola ke sasaran. Hadiah-hadiah lumayan bernilai lebih RM10,000 yang disediakan adalah 70 inci LG 4k TV, Samsung S22, Apple Watch SE dan 5 x hadiah saguhati.

Sepanjang tempoh kempen, akan ada persembahan bola sepak gaya bebas, klinik bola sepak disediakan untuk kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan timbang bola setiap hujung minggu dari 7 petang hingga – 9 malam.

Aktiviti yang paling menarik adalah pertandingan Futsal 3 lawan 3 pada 10 dan 11 Disember 2022 yang diadakan di kawasan legar pusat beli-belah. Peraduan futsal ini dibuka kepada kanak-kanak dalam dua kumpulan umur – 7 hingga 9 dan 10 hingga 12. – MalaysiaGazette