KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Beiau berkata, sikap Muhyiddin itu dilihat seolah-olah mencabar titah Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenan bagi melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri ke-10.
“Tetapi PM (Perdana Menteri) akan bawa usul kerajaan di sidang Parlimen 19 Disember akan datang. Ia akan tentukan keabsahan “simple majority” Anwar sebagai PM.
“Apa yang mengejutkan, Muhyiddin dedah ada 10 MP (Ahli Parlimen) Barisan Nasional (BN) buat SD (akuan bersumpah) sokong dia jadi PM ke 10. Viral nama 10 MP BN termasuk (Datuk Seri) Hishammuddin.
“Tetapi 10 MP BN (6 MP UMNO) itu sudah tarik diri daripada sokong Muhyiddin melalui SD baru. Kalau tolak 10, maka 115 orang yang sokong Muhyiddin kini tinggal 105 MP sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Menurut Mohd Puad lagi, 10 Ahli Parlimen BN yang menarik diri itu adalah disebabkan telah menandatangani SD di hadapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pesuruhjaya Sumpah ketika bersetuju menjadi calon.
Tambahnya, keterangan SD di nombor tiga iaitu ‘Akuan Penetapan Ketua Kerajaan’ menyebut mereka bersetuju memberikan mandat kepada pemimpin utama parti merundingkan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
“Kedua, mengikut Bahagian Ke 2 Seksyen 193 Kanun Keseksaan Akta (574) mereka boleh dipenjara sampai tiga tahun dan denda jika membuat SD lain. Sebab itu mereka tarik diri.
“Akibatnya ‘scheme of thing’ Muhyiddin gagal. Apakah kini giliran Muhyiddin jadi PM tepi?,” jelasnya.
Semalam, Anwar pada sidang medianya yang pertama menyatakan, kesediaannya menerima cabaran Muhyiddin apabila mahu keabsahannya sebagai Perdana Menteri dibuktikan di Dewan Rakyat 19 Disember depan.
Malah, beliau juga telah meminta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk mengemukakan usul undi percaya kepadanya pada sidang Parlimen itu.
Perkara itu dinyatakan oleh Anwar susulan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mencabar beliau mengemukakan jumlah sokongan yang dimilikinya untuk dilantik ke jawatan itu. – MalaysiaGazette
Tindakan Muhyiddin cabar keabsahan Anwar sebagai PM dipersoal;;;;RODA BERPUTAR…sebelum ini 2 MUNAFIK BERSEKUTU persoal keabsahan MUHYIDIN….malah zahid dan 15 geng tarik sokongan dengan RATIB GAGAL GAGAL GAGAL
kifarahnya umno dan b end yang GGAAGAL PRU15…hampir dikambus dalam KUBURAN tetapi terpaksa JILAT MUNTAH NAJIS KENCING yang NIKMAT DARI PAKATAN HANCING untuk bernyawa lagi
HILANG JATI DIRI…JIKA KAMU HEBAT DAN JIWA BESAR KENAPA TOLAK MN DAN PN
PAU 2022 hanya SANDIWARA puak2 MUNAFIK….NO ANWAR NO DAPIGS….ANAK DIDIKMU d batu pahat pun terlingkup …FUAD