Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminda tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi  subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) pada 5 Disember ini.

Ujian itu akan dijalankan pada jam 2.15 hingga 4.45 petang.

Perubahan jadual itu dibuat susulan pengumuman cuti peristiwa pada 28 November ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“JAKIM amat prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK Tahun 2022,” kata kenyataan itu di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast