Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg bersama Anwar ketika mengunjungi Perdana Menteri di kediamannya pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi antara tunggak yang membentuk kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuhkan dalam melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketrampilan.

”InshaAllah, hubungan di antara kerajaan persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” katanya.

Melalui hantaran di Facebooknya, Anwar berkongsi kunjungan Premier Sarawak Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg bersama rombongan di kediamannya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast