KUANTAN – Seorang pengendali jentera berat maut selepas  terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Bilik Gerakan Cameron Highlands menerima panggilan berkaitan insiden tersebut pada jam 1.10 tengahari ini.

“Pihak polis kemudian telah memaklumkan kejadian kepada pihak bomba dan ambulans untuk tindakan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Menurut Ramli, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang berusia 37 tahun namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Cameron Highland untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette