Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia

KUALA LUMPUR – Subsektor gudang darat kini telah dibenarkan untuk penggajian pekerja asing, kata Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing, Kali Ke-7 pada 18 Julai 2022.

Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaku Agensi Kawal Selia bagi Sub Sektor Borong dan Runcit telah bersetuju memperluaskan syarat/kriteria kelayakan kuota penggajian pekerja asing di bawah sub sektor ini kepada peniaga runcit dengan keluasan lantai kurang daripada 2500 meter persegi.

Sehubungan itu, permohonan kuota baharu penggajian pekerja asing bagi kedua-dua sub sektor tersebut telah dibuka dan permohonan boleh dibuat oleh majikan di laman web www.fwcms.com.my.

Sebarang pertanyaaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pekerja Migran KSM ditalian 03-88852939/2940 dan emel [email protected] atau terus menghubungi Agensi Kawal Selia Sub Sektor Gudang Darat di Unit Logistik Perdagangan, Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, MOT.

Selain itu melalui Sub Sektor Borong dan Runcit di Sekretariat Perdagangan Pengedaran Perniagaan dan Industri Perkhidmatan,
KPDNHEP. – MalaysiaGazette