Kredit : Fb Kedah Royal Family

ALOR SETAR – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mengadakan dan mengurniakan Pangkat Kemuliaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah kepada Che Puan Nur Julie Ariff.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali berkata Sultan Kedah mengurniakan Pangkat Kemuliaan itu berkuat kuasa semalam.

Tunku Puan Mahkota Kedah dikurniakan gelaran itu selepas pernikahannya dengan Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Darul Aman, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast