Kementerian Kewangan hari ini menafikan satu kenyataan tular di laman sosial berhubung dengan empat bantuan kerajaan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan hari ini menafikan satu kenyataan tular di laman sosial berhubung dengan empat bantuan kerajaan.

Menerusi ciapan Twitter kementerian itu, informasi palsu itu  berkaitan pemberian bantuan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

“Bukan itu sahaja, turut tular informasi bantuan RM900 untuk satu keluarga yang kononnya akan dimasukkan ke akaun penerima Disember ini.

“Informasi itu juga memaparkan Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Program Bantuan Makanan MyKasih RM100 selama tiga bulan,” kata kenyataan yang sama.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada sumber rasmi sahaja. – MalaysiaGazette