Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd. Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Tuduhan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikuasai DAP amat tidak jelas.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan itu tidak mencerminkan fakta yang dipamerkan dalam Dewan Rakyat.

“Faktanya ialah Kerajaan Perpaduan didominasi oleh 73 ahli parlimen Melayu Islam. Pecahannya ialah 26 BN ,18 PKR, 11 GPS, 8 Amanah, 3 GRS, 3 Warisan 3 DAP dan 1 MUDA.

“Barisan pembangkang daripada PN pula mempunyai 72 ahli parlimen Melayu Islam. 73 vs 72 Melayu Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas bekas menteri Perikatan Nasional (PN) itu, adalah menjadi kewajipan 145 Ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat memastikan Kerajaan Perpaduan terus dipayungi oleh Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu.

“(Seramai) 72 daripada PN berkewajipan menjadi pembangkang yang melaksanakan semak dan imbang,” katanya.

Semalam, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan mendakwa DAP bersikap melampau apabila cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin daripada wajah Melayu Islam namun tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam.

Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa DAP menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. KHAIRUDIN pembela ultra kiasu DAPIGS….REDHA dengan huru-hara 22 bulan perlekeh keharmonian ISLAM…nikmati kencing pakatan hancing bersama sekutumu…talian hayat dan tali barut

  2. Sehingga kini, DAP masih berpegang pada Deklarasi Setapak yang berhasrat mengubah status Bumiputera dalam Malaysia. Deklarasi tersebut tidak ditarik balik sehingga kini.

    “Gesaan Senator Lantikan DAP, Nga Hock Cheh pada April 2019 untuk menggugurkan status kaum termasuk status Islam pada MyKAD, kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.

    “Pendirian Ngeh Koo Ham pada tahun 2014, yang menyatakan hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam. Sehingga kini kenyataan tersebut tidak ditarik balik.

    “Kenyataan Nga Kor Ming pada 14 November lalu sewaktu kempen PRU-15, yang menyatakan gabungan PN sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan PAS berkenaan kawalan aktiviti maksiat.

    “Kenyataan tokoh besar DAP, Lim Kit Siang pada Oktober lalu yang menyebut Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia,” katanya.

  3. DEB/NEP aka Dasar Ekonomi Apartheid beri 30% ekonomi kepada majority pribumi Melayu supaya minority pendatang ekonomi expats bukan pribumi meraih 70% ekonomi lebih teruk berbanding slogan hak samarata di tanah sekangkang kera ini politikus Pak Pandir ooiii!

Comments are closed.