Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menyokong ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mahu melihat berlakunya kelulusan perolehan tanpa tender di bawah kerajaan pimpinannya.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah tersebut boleh mengelak daripada berlakunya penyelewengan serta ketirisan wang kerajaan.

“Sokong 100 peratus. Tutup ruang segala bentuk yang boleh menjurus kepada ketirisan, kebocoran, penyelewengan dan rasuah,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya hari ini menegaskan, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan membenarkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Yang hilang meja hanya tinggal 30 kusi dok diam-diam atas lantai musabah diri berlapang dada jangan dok sobuk

Comments are closed.