KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada RM3.85 seliter, berkuatkuasa 1 hingga 7 Disember 2022.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette