ONN HAFIZ GHAZI

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan membentangkan Belanjawan Johor 2023 secara langsung pada 9.30 pagi esok.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata belanjawan berkenaan boleh ditonton menerusi saluran televisyen Astro Awani (Saluran 501), Facebook rasmi Bernama dan Facebook rasmi beliau.

Onn Hafiz berkata pembentangan belanjawan itu juga boleh diikuti menerusi dua saluran radio iaitu Johor FM menerusi frekuensi 101.9 FM dan Best104 (Best FM) di frekuensi 104.1 FM.

“Insya-Allah, pelbagai insentif menarik menanti Bangsa Johor.

“Sama-samalah kita doakan kelancaran pembentangan belanjawan kerajaan negeri ini, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya melalui Facebook rasmi beliau, hari ini.

— BERNAMA