Foto Instagram Nora.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Nora Ariffin mencuit hati netizen apabila memuat naik gambar menerima skrol diploma mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan.

Nora menerima skrol diploma tersebut pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang semalam.

Alif berjaya menamatkan pelajaran peringkat diploma jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.

Alif, this is for you (ini adalah untuk kamu). Mama tolong ambilkan ya. Alhamdulillah, tahniah.

“Keluarga kecil saya tumpang bangga dan gembira dengan pencapaian anakanda Alif Johan, sempat habiskan diploma sebelum kembali ke rahmatullah. Moga Alif tenang di sana,” tulis Nora dalam Instagramnya.

Dalam pada itu, Nora atau nama sebenarnya, Wam Norafizah Ariffin, 49, berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa bersama Alif semasa hayatnya.

“Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UiTM FITA dan sahabat-sahabat yang memberi sokongan pada Alif selama hayatnya. Terima kasih UiTM. Moga legasi arwah dapat diteruskan. Al-Fatihah,” tulis Nora lagi.

Alif Johan, 20, yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019 meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast