Puad Zarkashi Facebook Syed Saddiq mahkamah
Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan ketika kerajaan dipimpin Perdana Menteri dari UMNO didakwa telah menyelamatkan Perikatan Nasional (PN).

Dakwaan itu dibuat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang memberitahu, tanpa akta itu, ramai ahli Parlimen PN akan melompat parti ketika ini.

Perkara tersebut boleh berlaku susulan gabungan itu gagal menubuhkan kerajaan Persekutuan berikutan kerjasama yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Tanpa akta itu, ramai ahli Parlimen PN akan lompat parti. Apatah lagi ramai ahli Parlimen PN adalah bekas pelompat parti. Sepatutnya PN berterima kasih kepada BN. Akta itu digubal dan diluluskan semasa BN jadi Perdana Menteri.

“Bukti jelas ialah PN tidak dapat menghalang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dari menyokong (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) sebagai Perdana Menteri.

“Padahal beberapa ahli Parlimen GRS adalah ahli Bersatu yang menganggotai PN,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mohd Puad mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan apabila berbangga PN berprinsip kerana sanggup menjadi pembangkang.

Menurut Wan Saiful, hanya PN layak bercakap mengenai prinsip sedangkan PH dan BN kini semakin hilang arah tuju kerana kuasa.

Dalam pada itu, menurut Mohd Puad lagi, penyertaan BN dalam Kerajaan Perpaduan adalah berasaskan kepercayaan.

Sebaliknya, beliau berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan BN dalam kerajaannya sebelum ini dengan niat dendam.

“Dia mahu membunuh UMNO. Sebab itu Muhyiddin boleh jadi Perdana Menteri 17 bulan sahaja. Silap sendiri. Scheme of things gagal. Tiada berkat,”ujarnya. – MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Yang hilang meja hanya tinggal 30 kusi dok diam-diam jangan cari poperiti bangang.. Dato seri Anwar dah jadi PM pun apa lagi tak puas hati..? Bangsa kamu sedang melihat dan menilai hati kamu yang hitam dan busuk rancang lah selagi boleh supaya esok boleh di kuburkan sekali cina

  2. FUAD yang kecundang beberapa kali….menipu para pengundi dn umno BPAHAT…jika saya dun rengit Parlimen akan diserah pada Ayub Jamil mantan dun rengit akirnya;;;;;

    DAPIGS BERTAMBAH KURANG AJAR selepas mendapat SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI DARI AHMAD ZAHID HAMIDI MUNAFIK

    JADI TIDAK PERLU VETERAN UMNO KECEWA….DAPIGS JADI TALIAN HAYAT UMNO DAN UMNO JADI TALI BARUT DAPIGS NASI DAH JADI BUBUR BUBUR MEMANG KESUKAAN DAPIGS

    INSHA ALLAH ZAHID DAN KONCO2NYA AKAN DIMAKAN SUMPAH
    2-3 juta ahli UMNO nikmati kencing hancing ZAHID dan MT2…PAU sandiwara NO ANWAR NO DAP

    umnongok dan b end terselamat dengan AKTA ini…RAMAI MP mereka lompatparti SETELAH hanya tinggal 30 orang

Comments are closed.