Kunjungan hormat pasukan PDRM diketuai Acryl Sani terhadap Anwar Ibrahim di Sri Perdana, Putrajaya pagi tadi. Kredit foto PDRM: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini bagi membincangkan isu semasa dan memberi taklimat berhubung keselamatan negara.

Dalam pertemuan selama dua jam di Bangunan Perdana Putra itu, PDRM diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryll Sani Abdullah Sani.

Kunjungan hormat pasukan PDRM diketuai Acryl Sani terhadap Anwar Ibrahim di Sri Perdana, Putrajaya pagi tadi. Kredit foto PDRM: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Abidin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

Kunjungan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara,  Tan Sri Razarudin Husain bersama barisan pengarah PDRM julung kali diadakan selepas pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.

Gambar lawatan Acryl dan barisan kepimpinan tertinggi PDRM itu telah dikongsi dalam laman Facebook rasmi PDRM. – MalaysiaGazette