Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada pukul 8.23 pagi.

Kehadiran Anwar dipercayai untuk mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa senarai Kabinet baharu atau sebahagian daripadanya bakal diumumkan Anwar petang ini.

Dalam satu Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang, malam tadi, Anwar mengesahkan akan menghadap Seri Paduka pagi ini.-MalaysiaGazette