Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA – Selepas sembilan hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan teka-teki berhubung pelantikan barisan Kabinet yang akan bersama dengannya mentadbir negara.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi antara tumpuan utama sejak beberapa hari lepas diisi oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fadillah Yusof

Manakala, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof turut dilantik ke jawatan yang sama.

Pelantikan Fadillah menyaksikan Ahli Parlimen Petra Jaya itu mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Sarawak yang diberi amanah untuk menggalas jawatan itu.

Pelantikan Ahmad Zahid dan Fadillah menamatkan spekulasi berhubung jawatan nombor dua tertinggi itu.

Sebelum ini, banyak khabar angin tersebar sebelum ini, mengaitkan beberapa nama dengan jawatan tertentu namun segalanya hanyalah khabar angin. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.