Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Bintang Bollywood tersohor, Shah Rukh Khan yang pertama kali menunaikan umrah di Mekah kelmarin  telah mencetuskan pertikaian  dalam kalangan netizen di media sosial.

Pelakon berusia 57 tahun itu dilihat menunaikan umrah selepas foto-fotonya menunaikan umrah dan solat di Mekah tular dalam Instagram, Team Shah Rukh Khan dan twitter @teamsrkfc, lapor opindia.

Shah Rukh dikatakan meluangkan masa menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem terbaharu lakonannya, Dunki di Saudi di bawah arahan sutradara, Rajkumar Hirani.

Kontroversi tercetus susulan beberapa netizen mempersoalkan kewajarannya dalam menunaikan umrah memandangkan pelakon itu beristerikan wanita Hindu dan menyimpan berhala iaitu dewa Hindu di kediamannya.

Isteri Shah Rukh, Gauri Khan atau nama sebenarnya, Gauri Chhibber pernah membuat kenyataan kepada The Siasat Daily bertarikh 6 April 2022 bahawa ‘dia menghormati agama anutan Shah Rukh  namun tidak akan sesekali memeluk agama Islam’.

Shah Rukh dan Gauri berkahwin pada 25 Okt 1991 dalam majlis perkahwinan tradisi Hindu dan telah dikurniakan dua orang anak, Ayran, 25, dan Suhana, 22.

Sementara anak ketiga mereka, AbRam dilahirkan pada 2013 melalui kaedah ‘ibu tumpang’ – teknologi bioperubatan moden yang difatwakan hukum Islam sebagai haram kerana anak dikandung oleh wanita yang bukan isteri menggunakan benih lelaki atau suami iaitu Shah Rukh. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.