P. Ramasamy.-Foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP mendakwa masyarakat India kecewa dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya memberi satu kerusi Menteri kepada ahli Parlimen kaum tersebut.

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy berkata, jika ahli Parlimen yang kalah boleh diberikan kedudukan dalam Kabinet sepatutnya Anwar boleh memberi pengiktirafan yang sama kepada pemimpin India yang lain.

Ramasamy mendakwa, tidak ada usaha serius untuk melantik calon India daripada PKR iaitu sebuah parti yang mempunyai penumpuan terbesar kaum India ke jawatan tersebut.

“Masyarakat India sememangnya kecewa apabila mereka tidak diiktiraf untuk jawatan Kabinet.

“Jika Anwar boleh memberikan jawatan Kabinet kepada mereka yang tewas dalam PRU15, sudah tentu beliau boleh memberikan sedikit pengiktirafan kepada pemimpin India.

“Bukan tidak cukup pemimpin India yang berbakat dalam PKR dan DAP. Jika kerajaan baru tidak bersedia untuk mengiktiraf kaum India, maka ke mana perginya mereka dari sini,” kata dalam kenyataan hari ini.

Seorang pemimpin India dilantik anggota Kabinet iaitu Ahli Parlimen DAP, V. Sivakumar sebagai Menteri Sumber Manusia dalam senarai Kabinet yang diumumkan Anwar pada Jumaat lalu

Menurut Ramasamy, masyarakat India telah mengalihkan kesetiaan politik kepada Pakatan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Katanya, sokongan kaum India kepada Pakatan Harapan dipercepatkan sehingga pada PRU14 dan ada yang menganggap kaum tersebut menjadi king maker dalam pilihan raya lalu.

Ramasamy berkata, kaum India dalam PKR dan DAP merupakan satu kuasa yang menggerunkan.

Justeru menurutnya, pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri merupakan satu impian menjadi kenyataan kepada kaum India.

“Orang India memandangkan kedudukan mereka yang tidak dicemburui di negara ini mengharapkan kepimpinan Anwar untuk mengemudi negara daripada kekacauan politik, ekonomi dan sosial sekarang.

“Semua orang India dan orang lain mahu adalah sebuah institusi sistem yang akan menghormati hak sama rata mereka di negara ini. Mereka mahu diskriminasi kaum dan agama kini dihapuskan secara beransur-ansur.

“Ini bukan arahan ceramah, tetapi sesuatu yang rakyat mempunyai hak moral untuk meminta daripada kerajaan yang mereka fikir akan menjaga hak rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan etnik atau agama,” katanya.

Menurut beliau, memandangkan ketinggian sokongan kaum India kepada PH justeru masyarakat itu mengharapkan ganjaran yang setimpal atas kesetiaan dan komitmen politik mereka.

Kaum India mahu pemimpin mereka dianugerahkan jawatan dalam kerajaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar komuniti tersebut kepada negara.

Bagaimanapun kata Ramasamy, pengumuman Kabinet baru-baru ini mendatangkan kekecewaan besar kepada masyarakat India. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. ANWARKAN KAKI MUNAFIK DARI DULU….SAYA ULANG2 MINYAK TURUN/TOLHAPUS/PTPTPN HAPUS AKHIRNYA SEMUA MAMPUS KENA KLENTONG

    BILA PULA SAYA NAK BERGABUNG DENGAN ZAHID DAN UMNO????bla bla bla

    SAYA TIDAK BOLEH KERJASAMA DENGAN PENYAMUN RASUAH DAN KLUSTER MAHKAMAH

  2. Yen na dey tambi ada mau jadi menteri Kashmir ka?
    Aiy yo yo lama duduk di Qatar, UAE, atau Kuwait lagi bagus ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal masing-masing tetapi tiada hak warganegara tempatan ada tau ka?

Comments are closed.