Rahim Thamby Chik
Rahim Thamby Chik

KUALA LUMPUR – DAP yang diwakili oleh naib pengerusi parti itu di Melaka, Khoo Poay Tiong hari ini secara terbuka membuat permohonan maaf atas kesalahan memfitnah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Rahim didakwa terlibat dengan pelbagai skandal membabitkan negeri Melaka empat tahun lepas oleh DAP dan Poay Tiong yang juga defendan pertama dalam kes di Mahkamah Tinggi hari ini.

Permohonan maaf itu di buat oleh Poay Thing di hadapan Abdul Rahim di mahkamah sebagai antara daripada perjanjian penyelesaian dalam kes saman berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Mohamad Johan Lee @ John Lee Kien How turut mengarahkan DAP dan Poay Tiong untuk membayar sejumlah RM180,000 kepada plaintif.

Selain itu, pihak-pihak kena saman juga perlu menyiarkan permohonan maaf di beberapa media termasuklah media sosial seperti Facebook selain memadamkan artikel-artikel berunsur fitnah terhadap Abdul Rahim.

Sebelum ini beberapa artikel berunsur fitnah telah disiar oleh laman sesawang DAP iaitu iaitu https://dapmalaysia.org dengan bertajuk ‘Rahim Thamby Chik is not ‘Bapa Pembangunan Melaka’ but is ‘Bapa Segala Skandal Melaka’, ‘Rahim Thamby Chik Bukan Bapa Pembangunan Melaka tetapi Bapa Segala Skandal Melaka.

Abdul Rahim bertindak menyaman Poay Tiong, mantan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga keempat pada tahun 2020.

Dakwa Abdul Rahim, Poay Tiang menulis dan menerbitkan sebuah artikel berbaur fitnah di laman Facebook miliknya yang mengandungi pernyataan-pernyataan berbaur fitnah terhadap plaintif pada 16 Disember 2018.

Beliau juga telah diberi gambaran oleh defendan sebagai seorang yang terlibat dengan jenayah seks, salah guna kuasa serta perasuah yang menyebabkan beliau dipandang serong dan hina. -MalaysiaGazette