Special Branch defamation suit pontianak false claims

NEW DELHI – Mahkamah di India telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada dua lelaki kerana merogol dan membunuh seorang pelancong Latvia pada 2018.

Wanita berusia 33 tahun itu dalam perjalanan bersama kakaknya ketika dia hilang dari sebuah resort di Kerala pada 14 Mac 2018.

Mayatnya ditemui 38 hari kemudian di hutan bakau terpencil di bandar Kovalam.

Dua lelaki, seorang pemandu pelancong, telah ditangkap kerana merogol dan membunuhnya.

Mahkamah Sesyen di Thiruvananthapuram mendapati mereka bersalah pada hari Selasa.

Mahkamah, yang memulakan perbicaraan enam bulan lalu mendapati Umesh, 32, dan Udayakumar, 28, memikat pelancong Latvia itu dengan ganja dan “menganiayanya” sebelum merogol mangsa.

Kedua-dua mereka juga disabitkan kesalahan dalam penjualan dan penyalahgunaan bahan terlarang di bawah Akta Dadah Narkotik.

Mahkamah berkata, kedua-dua tertuduh itu akan kekal dalam penjara “sehingga akhir hayat biologi mereka”.

Walaupun polis berkata tertuduh telah mengaku melakukan jenayah mereka, lelaki itu menafikannya dan mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Prosiding itu turut diikuti oleh kakak mangsa secara dalam talian oleh kakak mangsa di Dublin.

Kakak mangsa telah melancarkan kempen pencarian adiknya dalam talian selepas polis gagal mengesan wanita itu.

Adik-beradik itu telah pergi bersama ke Kerala, sebuah destinasi pelancongan popular untuk mendapatkan rawatan di pusat penyembuhan tradisional Ayurveda.

Pada 21 April, dua nelayan menemui mayat wanita itu yang reput dengan kepalanya terputus di hutan berhampiran. – Agensi