Gambar hiasan. foto Catalan News

MADRID – Sekurang-kurangnya 155 orang cedera selepas dua kereta api bertembung di wilayah Catalonia di timur laut Sepanyol.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 7.50 pagi di stesen Montcada i Reixac – Manresa, kira-kira 12km (7 batu) dari pusat bandar.

Tidak jelas bagaimana kemalangan itu berlaku.

Namun media tempatan melaporkan kereta api berkenaan telah bergerak ke arah sama dan berlanggar ketika sebuah kereta api diparkir di stesen.

Tidak jelas bagaimana kemalangan itu berlaku dan pegawai masih belum memberi sebarang komen.

Perkhidmatan kecemasan berkata, kira-kira150 orang “cedera ringan” dan lima yang lain alami luka.

Tiga orang telah dipindahkan ke hospital.

Trafik kereta api terganggu seketika di beberapa laluan akibat kemalangan itu, kata perkhidmatan kereta api nasional Renfe. – Agensi