khairuddin mengundi muda songsang musuh Allah
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Pemimpin politik dinasihatkan agar bermuhasabah diri dan kembali bergerak menyatukan semula rakyat selepas tempoh pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali  berkata, semua pihak hendaklah bersikap sederhana dalam berpolitik serta berlapang dada dengan perbezaan dan tidak melihat kebenaran hanya pada kelompok sendiri sahaja.

Katanya, jika ia gagal dihayati maka berlakulah perpecahan dan pertembungan yang keras dan kasar secara berterusan.

“Jambatan persaudaraan dibakar dengan sindiran dan cercaan melampau tidak berpaksikan akhlak Islam.

“Inilah yang terlihat ketika PRU yang lalu sama ada menerusi ceramah pemimpin dan tulisan di media sosial,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelas Khairuddin, prinsip perjuangan politik perlulah jelas seperti mana diajar oleh Islam dan dicerminkan Rasulullah dalam menyatukan umat Islam dan rakyat.

“Pasca PRU inilah wajar setiap pihak bermuhasabah dan kembali bergerak menyatukan umat.

“Dan yang terlebih perlu bermuhasabah adalah pemimpin. Pengikut hanya menurut apa yang dikata dan dikota oleh pemimpin,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.