YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Prawit Wongsuwan sempena lawatan khas ke Malaysia di Seri Perda 8 Disember 2022. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan.

Kunjungan berkenaan berlangsung di Seri Perdana pada tengahari tadi.

Anwar berkata, dalam pertemuan berkenaan, beliau turut memperkenalkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Prawit.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap agar hubungan baik di antara Malaysia dan Thailand yang telah terjalin selama ini akan terus kukuh melalui kerjasama dalam pelbagai lapangan.-MalaysiaGazette