Najib Razak Hamid Sultan
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pentadbir akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tiba giliran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk turun naik pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu entri di Facabook Najib berkata, perkara itu akan membongkarkan dakwaan bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bahawa Muhyiddin mempunyai wang puluhan juta ringgit.

“Giliran Muhyiddin naik turun SPRM pulak.

“Misteri duit berpuluh juta Ringgit dalam bilik tidur dia bakal terjawab tak lama lagi,” kata Najib.

Semalam, Facebook Najib mengucapkan terima kasih kepada Annuar kerana membongkarkan isu yang mendakwa Muhyiddin memberi jutaan ringgit kepada UMNO.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat dakwaan Annuar mengenai Muhyiddin memberi UMNO jutaan ringgit bagi membantu parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.

Pada 21 November lalu, Annuar dalam satu video yang tular mendakwa Muhyiddin menemuinya di Sabah.

Dalam video berkenaan, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mendakwa, dalam pertemuan tersebut beliau diberi ‘berpuluh juta’ ringgit untuk PRN Sabah pada 2019. – MalaysiaGazette

Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO