Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di sini malam ini tidak dihadiri dua pemimpin tertinggi parti itu.

Kedua-duanya adalah Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Datuk Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ia disahkan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Dia (Ismail Sabri) mohon maaf tidak dapat hadir mesyuarat MKT. Dia ada majlis lain,” katanya kepada media sebelum meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini malam tadi.

Mesyuarat MKT UMNO dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berakhir pukul 10.30 malam.

Pemimpin utama UMNO antaranya Ahmad Zahid tidak melalui pintu utama Menara Dato’ Onn dan meninggalkan premis menggunakan pintu bawah.

Tiada sebarang kenyataan akan dikeluarkan oleh parti UMNO malam ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast