Ahmad Maslan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik dua timbalannya dalam senarai Kabinet.

Anwar melantik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan 1 dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Steven Sim.

Steven Sim Chee Keong

“Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik Timbalan Menteri Kewangan dan Steven Sim dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II,” katanya dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri malam tadi.

 

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ahmad merupakan Ahli Parlimen Pontian manakala Steven Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Lagi menyusul…