umat islam mengundi kerajaan besar
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Parti DAP disanjung oleh berapa pihak ketika ini kerana mengamalkan sikap berdiam diri.

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, parti itu bagaimanapun tidak pernah mengubah dasar dan ideologi yang dipegangnya.

“Kini, DAP yang dikatakan kononnya sudah berubah sedang disanjung, walaupun ideologi dan pendekatannya secara terang-terangan bersikap anti-Islam.

“Hal ini demikian kerana, mereka berdiam diri tanpa mengubah dasar partinya, bersama parti-parti yang bersekongkol dengannya.

“Mereka bertindak sedemikian semata-mata demi memperoleh kemenangan yang menghalalkan cara, tanpa peduli terhadap amaran Allah SWT kepada generasi awal yang menjadi teladan,” kata Abdul Hadi.

Abdul Hadi juga mendakwa, pemimpin bukan Melayu dalam DAP tidak perlu mengeluarkan kenyataan kerana parti itu kini mempunyai pengikut dalam kalangan Melayu.

Pengikut tersebut katanya, akan bercakap bagi pihak pemimpin terbabit.

“DAP tidak perlu bercakap banyak kerana sudah ada Melayu berwajah Islam dapat dipasang di semua peringkat atas nama menentang perkauman yang melulu terhadap bangsa dan agamanya sendiri.

“Tanpa mereka melihat secara ilmu Islam yang membezakan antara fanatik kaum dengan bangsa Islam yang wajib memimpin dengan berlandaskan prinsip yang adil kepada semua,” kata Abdul Hadi.

Melalui artikel bertajuk ‘Buaya di bawah air yang tenang’ yang dikongsi di media sosial Abdul Hadi mendakwa, pihak yang mendampingi parti itu kini bersikap seperti ‘syaitan bisu’.

Pas menurut beliau, telah mengambil pendirian yang tepat kerana tidak mahu bersama-sama DAP.

“Kenyataan mereka secara terbuka yang menentang hukum Islam dan memberikan sokongan kepada golongan yang murtad sudah menjadi bukti yang sangat nyata.

“Walaupun ramai yang berada di sisi mereka menjadi syaitan bisu, tetap tidak boleh menafikan sikapnya yang sebenar.

“Maka, Pas membuat satu keputusan yang betul berpandukan panduan nas dan kajian yang mendalam,” katanya.

Sementara itu Abdul Hadi turut mendakwa pemimpin Melayu-Islam kini dipermainkan dengan cara yang tenang.

Laksana tenangnya lubuk yang menjadi perangkap buaya yang menunggu mangsanya untuk ditangkap dan ditelan.

“Caranya sangat mengkhayalkan fikiran dengan pil kuda, apabila menampilkan pemimpin yang nyata fasiq berwajah Islam dan bergelumang dengan kesalahan akhlak dan rasuah, bersama kerakusan nafsu pangkat dan harta tanpa sempadan.

“DAP berjaya mengerahkan pengundi daripada kalangan bukan Islam seramai-ramainya yang mempunyai matlamat politik yang sama dari seluruh pelosok negara dan luar negara supaya menyokongnya.

“Parti-parti Melayu yang bersekongkol dengannya dan juga calon DAP daripada kalangan Melayu yang telah diperalatkan,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Woi lebai makan gaji buta! berapa billion pelaburan dari Timur Tengah ko bawa masuk ke Malaysia? Dah lah ko bagi alasan bodoh memonteng Dewan Rakyat…ko tau tak makan gaji buta tu haram? bengong betul

Comments are closed.