KUALA LUMPUR – MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) akan menutup opearsi ibu pejabatnya dan lapan cawangan yang terletak di Selangor pada 12 Disember 2022 sempena hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Cawangan-cawangan tersebut di PJ Sentral, Kelana Jaya, Klang, Batu Caves, Bangi, Puchong, Shah Alam dan Kajang.

Menurutnya, cawangan-cawangan MBSB Bank yang lain seluruh negara dibuka dan akan beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, perkhidmatan teras untuk menyokong operasi perbankan harian dan perniagaan bank hendaklah terus beroperasi di ibu pejabat. – MalaysiaGazette