Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution diberikan taklimat semasa mengadakan Lawatan Kerja di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menstrukturkan semula perjawatan dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam usaha memperkasakan keupayaan sumber manusia melalui pewujudan 285 perjawatan baharu dalam jabatan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah ini diambil bagi memastikan peluang kenaikan pangkat yang lebih luas dan laluan kerjaya yang lebih menjamin pada masa depan dalam agensi ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution selepas diberikan taklimat semasa mengadakan Lawatan Kerja di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2022.

“Keadaan ini menyebabkan peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya mereka terbatas walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Ibu Pejabat JIM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin menambah, penstrukturan dalam masa terdekat itu tidak memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan.

“Saya menyokong penuh usaha-usaha penstrukturan semula jabatan yang sedang dilaksanakan sekarang iaitu jawatan-jawatan utama di peringkat pengarah dan timbalan pengarah akan difleksibelkan antara skim Pegawai Tadbir Diplomatik dan skim KP.

“Selepas kira-kira dibuat, ia tidak membabit implikasi kewangan,” katanya. – MalaysiaGazette