Foto Suria FM.

KUALA LUMPUR – Bagi meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM, stesen radio popular itu dengan kerjasama Resorts World Cruises akan berlayar selama empat hari hari malam di atas kapal persiaran Genting Dream pada 9 Januari depan.

Ia bakal merealisasikian misi Suria FM menjadi muncul stesen radio pertama bersiaran di atas kapal pelayaran.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, tarikh 24 November lalu genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air.

Jelas beliau, tahun 2022 ini merupakan tahun yang luar biasa daripada segi pencapaian kedudukan serta hasil pendapatan Suria FM secara keseluruhannya.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media.

“Sempena kejayaan Suria FM kali ini, kami membuat kelainan dengan meraikan sambutan ulang tahun Suria FM sambil berlayar dan bersiaran secara langsung dari atas kapal persiaran mewah iaitu Genting Dream,” katanya pada sidang media mengumumkan pelayaran itu baru-baru ini.

DJ Lin menambah, sempena pelayaran tersebut, Suria FM dan Resorts World Cruises akan juga membawa lima pendengar bertuah merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal diadakan.

“Antaranya sukaneka, rock climbing, mini golf, aktiviti air, karaoke, persembahan istimewa dari barisan artis popular seperti Siti Nordiana, Andi Bernadee, Amir Masdi dan ramai lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Resorts World Cruises, Michael Goh berkata, pihaknya berbesar hati dengan hasil kerjasama antara dua pihak bagi  meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM pada tahun depan.

“Sambutan dan kerjasama ini sangat bertepatan, memandangkan laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream kini telah berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket.

“Kami teruja untuk berlayar bersama krew Suria FM dan rakan media pada Januari depan dengan misi untuk mencapai The Malaysia Book of Records bagi kategori padio pertama bersiaran dari atas kapal,” katanya.

Suria FM kini berjaya mencatat pertambahan jumlah pendengar lebih 3.5 juta pendengar seminggu dan sekaligus meletakkan Suria FM di ranking top 3 stesen radio paling popular di Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast