Tanmay Sahu

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang terperangkap dalam perigi selama lebih tiga hari telah meninggal dunia.

Tanmay Sahu terjatuh ke dalam lubang pergi di Madhya Pradesh ketika bermain dengan rakan-rakan pada petang Selasa lalu.

Operasi menyelamat telah dilancarkan untuk menyelamatkannya yang tersepit pada kira-kira 55 kaki dalam telaga sedalam 400 kaki itu.

Tetapi dia tidak bertindak balas ketika para penyelamat berjaya masuk ke tempat dia terjatuh.

Pasukan penyelamat terpaksa mengali lubang untuk membawanya keluar.

Sepanjang tempoh itu, oksigen telah dipam ke dalam telaga tersebut.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital tetapi dia telah disahkan meninggal dunia.

Polis berkata, operasi menyelamat mengalami kelewatan akibat lapisan berbatu di bawah permukaan telaga tersebut.

Telaga itu digali oleh petani di kawasan tersebut untuk tujuan pengairan tetapi selepas ia kering, telaga berkenaan ditinggalkan tanpa ditutup. – Agensi