KUALA LUMPUR – Seorang pemandu bas parah manakala dua lagi penumpang cedera selepas kenderaan itu terbabas dari jambatan dan hampir terjunam ke dalam sungai di Batu 16, Sungai Pelong, Sungai Buloh malam ini.
Dua lagi kanak-kanak dan seorang penumpang lain selamat dalam kejadian itu.
Difahamkan, bas Smart Selangor itu dari stesen kereta api Sungai Buloh ke Puncak Alam, terbabas dari jambatan dan hampir terjunam ke dalam sungai depan Masjid Sungai Pelong.
Balai Bomba Batu Arang menerima panggilan kejadian nahas itu pada jam 9.03 dan tiba 27 minit selepas itu.
Setiba di tempat kejadian, sebuah bas didapati terbabas tetapi semua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada petugas kesihatan. – MalaysiaGazette