Api marak dalam kebakaran di pusat beli-belah Mega Khimki di Moscow, Rusia. foto Twitter

MEXICO – Sebuah kompleks beli-belah utama di pinggir Moscow terbakar, mengorbankan sekurang-kurangnya satu nyawa.

Kementerian Kecemasan Rusia berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui puncanya tetapi litar pintas mungkin mencetuskan kebakaran pusat beli-belah Mega Khimki.

Pusat itu telah pernah menempatkan jenama peruncitan runcit utama Barat, sehingga mereka menarik diri selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Februari lalu.

Kebakaran merebak merentasi bumbung kedai runcit terbesar di pusat beeli-belah itu – OBI.

Kebakaran yang berlaku pada awal pagi Khamis meliputi 18,000 meter persegi (194,000 kaki persegi).

Pada kira-kira jam 8.30 pagi waktu Moscow, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran seluas 7,000 meter persegi.

Dua jam kemudian, barulah kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya satu letupan berlaku di OBI, yang menjual barangan pembaikan rumah dan taman, menyebabkan struktur itu mula runtuh, kata anggota bomba.

Letupan dipercayai berpunca daripada aerosol dan tin cat yang meletup.

Jawatankuasa Penyiasatan Rusia telah membuka kes jenayah ke atas kejadian itu.

Kerugian daripada kebakaran itu dianggarkan antara AS$320 juta hingga AS$480 juta. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast